SEREMBAN, 26 Okt- SPRM Negeri Sembilan dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM serta sokongan daripada Yayasan Prihatin SPRM bersama pelbagai agensi kerajaan negeri, persekutuan dan swasta telah menganjurkan Program Mesra Komuniti SPRM Sempena Ulang Tahun BPR/SPRM yang ke-52 Peringkat Negeri Sembilan. Antara agensi rakan strategik SPRM yang terlibat ialah Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, FAMA, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan dan Bank Simpanan Nasional.

Rumah Anak-anakku Sayang Ar-Rayyan, Rumah Ibuku Sayang Ar-Rayyan dan Madrasah Pengajian Darul Quran Ar-Rayyan di Panchor Jaya telah dipilih menjadi lokasi utama program di mana aktiviti yang diadakan adalah gotong-royong membersih, mencuci dan mengecat rumah-rumah bagi menceriakan lagi suasana kediaman anak-anak yatim/asnaf, para pelajar tahfiz dan warga ibuku sayang.

Program juga turut dimeriahkan dengan kehadiran 57 motor berkuasa tinggi dan YSUKU yang terdiri daripada Graft Buster, N9 Bikers, Bukan Bangsawan Bikers serta Vanfire Rovers yang turut disertai oleh TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM dan KPKPj Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM Negeri Sembilan.

TPj Tuan Ruslan Tuan Mat telah menyampaikan ucapan, d imana beliau amat menekankan sifat amanah dan berintegriti dalam menjalankan tugas agihan sumbangan kebajikan kepada golongan yang memerlukan. Kemuncak program adalah penyampaian sumbangan oleh Dato' Abdul Samat bin Kasah, Pengerusi Yayasan Prihatin SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
15
Semalam
49
Minggu Ini
257
Bulan Ini
760

Keseluruhan
3428925