KAJANG, 12 Okt. - Program Menembak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bersama Media sempena Sambutan Ulang Tahun BPR/SPRM Ke-52 yang berlangsung di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang hari ini mendapat sambutan meriah dengan penyertaan seramai kira-kira 70 pengamal media daripada 20 agensi.

Lebih menarik, program anjuran Bahagian Komunikasi Strategik dengan kerjasama Bahagian Keselamatan SPRM ini turut disertai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara Malaysia.

Pada program tersebut, pasukan Astro Awani telah berjaya merangkul kejuaraan disusuli pasukan Media Prima Berhad sebagai naib juara manakala Malaysiakini pula memperoleh tempat ketiga.

Ketua Pesuruhjaya, SPRM, YBhg. Puan Latheefa Koya ketika berucap merasmikan program tersebut berkata, beliau berharap program seumpama itu mampu dijadikan sebagai jambatan penghubung bagi setiap agensi dalam menjalinkan kerjasama serta mereka dapat saling mengenali antara satu sama lain.

“Ingin saya mengingatkan sesama kita, kerjasama dan kolaborasi antara media dan SPRM atau mana-mana agensi kerajaan seperti PDRM dan Jabatan Penjara amatlah penting, apatah lagi pihak media merupakan tunjang bagi mempromosi dan memaparkan imej positif agensi-agensi ini.

“Bantuan dan sokongan media bukan sahaja mampu menyebar luas peranan atau ideologi agensi secara tepat dan pantas, malah mampu untuk meraih sokongan padu rakyat”, katanya.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Pengarah Maktab Penjara Malaysia, Dato’ Narander Singh; Pengarah Penjara Kajang, Abdul Halim Ma-Hasan; Setiausaha Polis Malaysia, Dato’ Mazli Mazlan; Pengarah BKS, KPKPj Ismajuri Ismail; Pengarah Bahagian Keselamatan, TPj Mohammad Soib Abdullah serta Pengarah SPRM Negeri Selangor, Dato’ Alias Salim.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
15
Semalam
49
Minggu Ini
257
Bulan Ini
760

Keseluruhan
3428925