KEPALA BATAS, 10 Okt - YBhg. Dato' Wan Ramli Wan Abdullah, Pengarah SPRM Pulau Pinang mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Haji Marzuki Mokhatar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, di pejabat JAS Pulau Pinang, hari ini. Perjumpaan pada jam 10.00 pagi telah dimulakan dengan sesi suai kenal dan penerangan berkaitan struktur organisasi dan fungsi serta peranan JAS.

YBhg. Dato' Wan Ramli Wan Abdullah telah menjemput pegawai daripada JAS Pulau Pinang untuk hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang bagi menyampaikan taklimat berkaitan JAS kepada pegawai dan kakitangan SPRM Pulau Pinang.

Cenderahati sebagai kenang-kenangan telah diberikan oleh JAS kepada SPRM Pulau Pinang dan berharap kerjasama yang baik di antara SPRM Pulau Pinang dan JAS Pulau Pinang diteruskan di masa hadapan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
15
Semalam
49
Minggu Ini
257
Bulan Ini
760

Keseluruhan
3428925