KUANTAN, 9 OKT – Pengarah SPRM Negeri Pahang, Dato’ Hishamuddin Hashim membuat kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Sri Wan Rosdi Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di pejabat beliau di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

YAB Menteri Besar Pahang amat mengalu-alukan dan menyambut baik hasrat SPRM untuk menjalinkan kerjasama bagi mencapai matlamat sifar rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri berlandaskan undang-undang yang berkuatkuasa. Harapan kedua-dua pihak adalah agar kerjasama ini berterusan demi memastikan usaha menerapkan ketelusan dan kebertanggungjawab untuk menghapuskan rasuah serta membentuk ekosistem pentadbiran Negeri Pahang sejajar dengan hasrat kerajaan bagi mencapai visi negara bebas rasuah menjelang tahun 2023.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
30
Semalam
47
Minggu Ini
173
Bulan Ini
824

Keseluruhan
3427435