KUANTAN, 8 Oktober 2019– Pengarah SPRM Negeri Pahang, TPj Dato’ Hishamuddin Hashim telah membuat kunjungan hormat ke atas Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Kerajaan Negeri Pahang, Puan Norihan Mohamed Naim pada hari ini.

Fokus utama perbincangan adalah berkenaan isu-isu semasa penguatkuasaan yang melibatkan operasi di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PDT) di Negeri Pahang, isu berkaitan pencerobohan tanah dan hutan khususnya di Cameron Highlands.

Puan Norihan Mohamed Naim menyambut baik hasrat jalinan kerjasama bersama SPRM Negeri Pahang demi mencapai visi, misi dan objektif SPRM. Harapan kedua-dua pihak adalah agar kerjasama ini berterusan.

Turut hadir dalam kunjungan hormat ini adalah PPj Sheikh Hamadi Sheikh Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Pahang, Encik Norden Zakaria, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan, Puan Roslinda Ab Razak, Ketua Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan PKPs Siti Noorakmar Salleh, Cawangan Pemeriksaan dan Perundingan SPRM Negeri Pahang.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
8
Semalam
47
Minggu Ini
103
Bulan Ini
512

Keseluruhan
3430135