SABAH, 8 Okt - KPKPj Karunanithy A/L Y. Subbiah, Pengarah SPRM Sabah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Seri Panglima Hashim Paijan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai penempatan Pegawai Integriti di Pejabat Ketua Menteri dan Unit Integriti Kerajaan Negeri Sabah serta isu-isu berkaitan rasuah yang melibatkan penjawat awam Negeri Sabah.

Pengarah SPRM Sabah seterusnya menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah Bil 2. Tahun 2019 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Hashim Paijan. Kerajaan Negeri Sabah komited dalam usaha mempertingkatkan tadbir urus yang baik, anti rasuah dan integriti di seluruh kementerian dibawah Kerajaan Negeri Sabah. Ini dapat dilihat dengan pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah di semua peringkat dalam kementerian termasuk wakil daripada pejabat-pejabat daerah di seluruh Sabah. Kesungguhan Kerajaan Negeri juga dapat dilihat melalui pelaksanaan Organisational Anti Corruption Plan (OACP) di Jabatan Ketua Menteri yang kini dalam peringkat pemurnian.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
6
Semalam
47
Minggu Ini
101
Bulan Ini
510

Keseluruhan
3430133