MACA Nadi SPRM Lahirkan Modal Insan Berintegriti Tinggi Dan Berwibawa

PETALING JAYA, 24 Sept. - Drama 'Banteras' yang berkonsepkan usaha pencegahan rasuah diperkenalkan kepada masyarakat umum menerusi majlis tayangan perdana di Lotus Five Star State Cineplex, di sini, hari ini.

Drama sebanyak enam episod berdurasi kira-kira 45 minit setiap episod yang dibintangi pelakon-pelakon seperti Sangeeta Krishnasamy, Kamal Adli dan Khir Rahman itu merupakan hasil kerjasama antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Fantasy Films Sdn. Bhd.

Selain berkisarkan kehidupan dan skop kerja pegawai pencegahan rasuah, drama ini juga memaparkan usaha dan cabaran yang ditempuhi pegawai SPRM dalam menyelesaikan kes-kes rasuah.

Pengarah filem tersebut, Ghaz Abu Bakar berkata, diharapkan hasil kali ini akan menjadi satu trend dan beliau berharap badan beruniform lain akan mengambil langkah dan inisiatif yang sama seperti SPRM.

"Selain mempromosikan karya tempatan, drama berkualiti tinggi seperti ini juga mampu menyampaikan mesej berguna kepada orang ramai supaya mereka memahami fungsi dan peranan SPRM," katanya ketika memberi ucapan pada Majlis Tayangan Perdana Drama 'Banteras' petang tadi.

Hadir bersama pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Dato' Shamshun Baharin Mohd. Jamil dan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, TPj Tuan Ruslan Tuan Mat serta pegawai dan kakitangan SPRM.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
31
Semalam
47
Minggu Ini
174
Bulan Ini
825

Keseluruhan
3427436