KUALA LUMPUR 25 Sept. - Seorang bekas setiausaha syarikat didenda RM36,000 dan penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana memalsukan tandatangan sembilan keping cek dua buah syarikat, semalam.

Hakim Azman Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Tan Hui Kiat selepas dia gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan, pada tahun 2012 sehingga 2016, Tan Hui Kiat iaitu bekas setiausaha Megan Ambassy Management Corporation (MAMC) telah memalsukan tandatangan pada 9 keping cek JMB Megan Ambassy dan Megan Ambassy Management Corporation yang berjumlah RM60,780.00.

Tertuduh yang merupakan salah seorang penandatangan cek tersebut telah melakukan perbuatan itu di pejabat Megan Ambassy beralamat di No 225, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dengan meniru tandatangan salah seorang penandatangan cek yang lain.

Dalam pada itu, mahkamah membenarkan penangguhan perlaksanaan hukuman penjara terhadap tertuduh dengan syarat jaminan dinaikkan dari RM45,000.00 kepada RM60,000.00 dengan dua penjamin.

Notis rayuan hendaklah difailkan dahulu pada selewat-lewatnya pada jam 3 petang 25.9.2019 dan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Firdaus Abu Hanipah dan Muhammad Asraf Mohamed Tahir.

 

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
31
Semalam
47
Minggu Ini
174
Bulan Ini
825

Keseluruhan
3427436