MACA Nadi SPRM Lahirkan Modal Insan Berintegriti Tinggi Dan Berwibawa

PUTRAJAYA, 23 Sept. - Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Sesi Taklimat Pengenalan dan Pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).

OACP merupakan satu inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang dirangka oleh Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) dan telah dilancarkan dengan rasminya pada 29 Januari 2019 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan matlamat untuk mewujudkan negara bebas rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd. Jamil berkata, semua Ketua Unit Integriti (KUI) memainkan peranan penting sebagai sekretariat bagi membangunkan dan melaksanakan OACP di kementerian, jabatan dan agensi masing-masing.

“Sehubungan itu, OACP perlu dibangunkan dalam tempoh lima tahun iaitu bermula Januari 2019 hingga Disember 2023.

“Pelan ini boleh dirangka untuk tempoh pelaksanaan sama ada tiga (3) tahun atau lima (5) tahun dan pemakaian pelan ini tidak semestinya perlu seiring dengan tempoh pelaksanaan NACP serta setiap KUI perlu melaksanakan OACP dengan menitikberatkan tentang tempoh masa yang telah diberikan.

Beliau juga menegaskan supaya pelan ini dapat dijadikan rujukan lengkap kepada semua warga organisasi dari pengurusan tertinggi sehingga ke peringkat bawah supaya setiap individu dapat memainkan peranan dalam melaksanakan pelan tindakan bagi melahirkan organisasi bebas rasuah dan berintegriti.

Turut hadir Pengarah Bahagian BPMP, Datuk Abd. Aziz Aban, pengarah-pengarah bahagian SPRM serta 190 KUI sektor awam.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
15
Semalam
49
Minggu Ini
257
Bulan Ini
760

Keseluruhan
3428925