MACA Nadi SPRM Lahirkan Modal Insan Berintegriti Tinggi Dan Berwibawa

SUBANG, 19 September - Semua pihak memainkan peranan penting dalam memelihara budaya integriti bagi mengelakkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam organisasi masing-masing.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Puan Latheefa Koya berkata, dengan mempraktikkan budaya integriti, ia mampu mengurangkan ruang dan peluang rasuah di samping meningkatkan kesedaran warga kerja tentang kesan rasuah kepada organisasi dan negara.

"Bagi mengurangkan risiko rasuah, SPRM turut memperkenalkan Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS), Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Liabiliti Korporat) kepada organisasi, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.

Tambahnya, setiap organisasi juga perlu mengambil peluang ini untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai integriti warga kerjanya bagi menambah baik sistem pengurusan antirasuah dalam organisasi.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam forum bertajuk 'Business Integrity: Its Importance to Drive Sustainable Business in Malaysia' sempena 'Annual Engagement Event of Digi Telecommunication Sdn. Bhd.' di Subang Hi-Tech Industrial Park, di sini, hari ini.

Antara panel lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digi, Albern Murty; Pengurus Rakan Kongsi Ernst & Young Malaysia, Datuk Abd. Rauf Rashid dan Presiden Ericsson Malaysia, Todd Ashton.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
30
Semalam
47
Minggu Ini
173
Bulan Ini
824

Keseluruhan
3427435