KUCHING, 18 Sept -  TPj Haji Razim Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Puan Hadijah Hj Morni, Timbalan Pendaftar Bahagian Dasar dan Integriti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Kuching, Sarawak hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan bagi membincangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan di antara SPRM bersama Bahagian Dasar dan Integriti, UNIMAS. Pihak UNIMAS turut menjemput dan melantik Pengarah SPRM Sarawak sebagai speaker dalam Program Hari Integriti UNIMAS yang akan diadakan pada 9 Oktober ini di Arena Gemilang, DeTAR Putra UNIMAS.

Program Hari Integriti UNIMAS ini merupakan aktiviti tahunan dan ia merupakan platform untuk menyampaikan pesanan dan peringatan kepada semua pelajar dan kakitangan UNIMAS untuk mengelakkan daripada terjebak dengan salahlaku jenayah rasuah dan penyelewengan serta menyemai semangat integriti yang tinggi bagi memastikan UNIMAS bebas dari jenayah rasuah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
30
Semalam
47
Minggu Ini
173
Bulan Ini
824

Keseluruhan
3427435