SHAH ALAM, 10 September 2019 - Bengkel Pembentukan Pelan Strategik ‘Corporate Integrity System Malaysia’ (CISM) 2020-2022 anjuran Cawangan Inisiatif Korporat, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) telah dihadiri oleh semua wakil Anggota Meja Bulat terlibat.

Bengkel ini merupakan platform terbaik untuk memberikan pendedahan kepada semua Anggota Meja Bulat yang hadir bagi membincangkan dan mempersembahkan Pelan Strategi tindakan masing-masing mengikut fungsi yang selari dengan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) dan peruntukan Liabiti Korporat Seksyen 17A Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).

Di samping itu, bengkel tersebut juga memberi penekanan terhadap mengoptimumkan peranan utama setiap agensi dalam membentuk Pelan Strategik CISM 2020-2022 serta penambahbaikan kepada pembangunan portal CISM Ikrar Integriti Korporat (CIP) supaya lebih informatif, interaktif dan menjadi pusat rujukan pelaksanaan inisiatif korporat di Malaysia.

Selaku Ahli Meja Bulat CISM, pegawai-pegawai kanan dari Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Bursa Malaysia, Institut Integriti Malaysia dan Transparency International Malaysia telah hadir bersama.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari bermula 5 September yang lalu di Hotel Best Western I-City Shah Alam telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil dan turut dihadiri oleh Pengarah BPMP Datuk Abd Aziz Aban, Timbalan Pengarah BPMP KPKPj Salwa Hj. Muharam dan pegawai-pegawai kanan BPMP.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1
Semalam
47
Minggu Ini
1
Bulan Ini
737

Keseluruhan
3425893