PERAK, 5 Sept - YBhg Dato’ Hj. Mohd Fauzi Hj. Mohamad, Pengarah SPRM Perak telah membuat kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Yusof Mohd Isa,  Pengurus Besar Lembaga Air Negeri Perak di Bilik Tetamu Pengurus Besar LAP, Ipoh, Perak hari ini.  

Pertemuan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kesinambungan silaturrahim yang sedia ada dalam usaha bersama memerangi jenayah rasuah. Di samping itu, bagi memperkenalkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan mencadangkan Penempatan Pegawai Integriti Bertauliah di LAP serta mempromosikan Anti-Bribery Management System (ABMS) - MS ISO 37001 kepada LAP.

Kunjungan hormat ini juga telah membincangkan pendekatan yang baik bagi merangka program dan  aktiviti penguatkuasaan dan pencegahan bersama bagi menyebarkan mesej anti rasuah di Negeri Perak.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
38
Semalam
53
Minggu Ini
91
Bulan Ini
1054

Keseluruhan
3432217