PUTRAJAYA, 31 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 yang berlangsung di Dataran Putrajaya hari ini menjadi detik bersejarah buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila julung kalinya diberi mandat penting memimpin bacaan ikrar Rukun Negara serta penglibatan didalam perarakan kereta berhias.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ sambutan tahun ini juga menyaksikan perarakan kontinjen SPRM yang disertai oleh 200 orang pegawai SPRM bersama ahli-ahli Pertubuhan Pegawai Integriti Bertauliah (ACeIO), Malaysia Corruption Watch (MCW), Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) dan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR).

Mendahului kontinjen SPRM ialah pasukan bermotosikal berpakaian maskot rasmi SPRM iaitu Kapten MACC yang berperanan menyampaikan mesej pendidikan antirasuah secara mudah kepada golongan cilik melalui program pendidikan seperti Wira Antirasuah (WAR).

Diikuti dengan kenderaan MACC.fm Movers yang merupakan perkhidmatan radio atas talian yang dikendalikan oleh SPRM berperanan menyebar luas informasi pencegahan rasuah melalui media elektronik.

Sementara itu, kereta berhias SPRM pula menengahkan Pelan Antirasuah Nasional yang mewakili inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan. Turut dipaparkan ialah replika Kompleks Bangunan SPRM terletak di Presint 7 yang merupakan kompleks rasuah yang terbesar di dunia.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1
Semalam
47
Minggu Ini
1
Bulan Ini
737

Keseluruhan
3425893