PENAMPANG, 24 Ogos - Pelancaran Program Kembara Kasih Anti Rasuah Anti Dadah (ARAD) 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin ini adalah seiring dengan pendekatan SPRM tahun 2019 yang lebih memfokuskan aspek pendidikan di semua aktiviti pencegahan dengan keterlibatan bersama agensi-agensi kerajaan, swasta, belia, komuniti, media atau pun NGO dalam menyebarluaskan mesej-mesej antirasuah.

Program ini merupakan kolaborasi strategik SPRM bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Big Bikers Association (SBBA), Pejabat Pembangunan Persekutuan Sabah (SDO), Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM) Negeri Sabah dan Pejabat Pelajaran Daerah Penampang.

Turut hadir dalam program ARAD 2019 ialah TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM; Tuan Bakri Bibi, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia; KPKPj Hasbilah Mohamad Salleh, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Sabah; PKPj Awang Samsul Baharam Bongsu, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah serta ASP Abd. Jain Aspa, Wakil Ketua Polis Daerah Penampang.

Seramai 755 orang yang terdiri daripada Pelajar SMK Datuk Peter Mojuntin, pegawai SPRM, AADK, PDRM, JPNS, SDO, PEMADAM dan Pejabat Pendidikan Daerah Penampang hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1
Semalam
47
Minggu Ini
1
Bulan Ini
737

Keseluruhan
3425893