MACA Nadi SPRM Lahirkan Modal Insan Berintegriti Tinggi Dan Berwibawa

KUALA LUMPUR, 20 Ogos - Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) memainkan peranan penting sebagai nadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melahirkan modal insan berintegriti tinggi dan berwibawa.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Puan Latheefa Koya berkata, MACA perlu bergerak selari dengan menyokong hasrat rakyat Malaysia amnya untuk melahirkan individu yang berperanan sebagai agen pembanteras rasuah di negara ini bertepatan dengan sasaran kerajaan yang membentuk Pelan Antirasuah Nasional (NACP).

"Peranan dan kerjasama warga MACA yang telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan tugas di MACA memberikan sumbangan besar dan berdaya saing.

"Harapan agar MACA terus berdiri teguh dan cemerlang dengan membantu mendukung aspirasi SPRM dalam usaha meningkatkan kualiti dan kapabiliti perkhidmatan suruhanjaya ini ke tahap yang lebih tinggi demi kesejahteraan rakyat Malaysia seluruhnya," katanya ketika menyampaikan amanat semasa perhimpunan bulanan MACA di sini, hari ini.

Beliau juga meminta semua agar bersama-sama membina masyarakat yang alah, jijik dan benci kepada rasuah agar rakyat dapat hidup, bekerja dan bernafas dalam persekitaran yang bebas rasuah.

Sebelum itu, Pengarah MACA, TPj Dato' Idris Zaharudin telah menyampaikan taklimat kepada Ketua Pesuruhjaya berkaitan kewangan dan aktiviti MACA.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Khas Ketua Pesuruhjaya, KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@ Hamim, Penasihat Undang-Undang Ketua Pesuruhjaya Puan Sasha Lyna Abdul Latif dan pegawai-pegawai kanan SPRM.

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
29
Semalam
47
Minggu Ini
315
Bulan Ini
315

Keseluruhan
3438917