Zahirkan Integriti Melalui Tindakan dan Amalan

SHAH ALAM, 20 Ogos - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Puan Latheefa Koya menegaskan bahawa nilai integriti perlu dizahirkan dalam semua tindakan dan amalan sama ada melalui penampilan, sikap serta semasa membuat sesuatu keputusan.

Jelas beliau, integriti merupakan benteng utama ke arah membawa kecemerlangan sesebuah kerajaan dan organisasi. "Individu yang berintegriti tidak akan membiarkan kepentingan diri mengatasi kepentingan organisasi dan orang awam.

"Gabungan integriti, maruah dan ilmu akan seiring membina jati diri yang kita semua harapkan," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz Shah di sini, semalam.

Pada masa yang sama, Puan Latheefa turut menegaskan inisiatif IBR mampu mewujudkan kefahaman serta meningkatkan sokongan pentadbiran kerajaan negeri dan menjadi bukti serta ukiran pada ketulusan dalam usaha memartabatkan nilai diri dan juga pentadbiran kerajaan negeri.

Pada majlis tersebut, Menteri Besar Selangor, YAB Amirudin Shari mengetuai bacaan ikrar dan disaksikan oleh Puan Latheefa.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Selangor, Dato’ Mohd. Amin Ahmad Ahya; Datuk Bandar Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Dato’ Mohd. Sayuthi Bakar; Pengarah SPRM Selangor, Dato' Alias Salim; Pegawai Khas Ketua Pesuruhjaya, KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@ Hamim, Penasihat Undang-Undang Ketua Pesuruhjaya Puan Sasha Lyna Abdul Latif dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan SPRM.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1
Semalam
47
Minggu Ini
1
Bulan Ini
737

Keseluruhan
3425893