KUALA TERENGGANU, 20 Ogos - Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu, KPKPj Mohd Zaki Hassan telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Datuk Bandar MBKT, Tuan Haji Shahidan Embok pada petang ini. 

Dalam pertemuan ini, dibincangkan berkaitan dengan isu-isu integriti dan program-program pencegahan rasuah. Tuan Haji Shahidan Embok telah menzahirkan sokongan kepada SPRM dalam usaha pembenterasan jenayah rasuah dan akan terus cakna terhadap isu-isu berkaitan dengan integriti di Negeri Terengganu.

Turut hadir sama PPj Zainal Ayop, Timbalan Pengarah SPRM Terengganu ; PsK Najwa Mohd Sabry, Penolong Pengarah Pencegahan SPRM Terengganu, PKPs Mohd Hanafi Abd Rahim, Ketua Unit PenMas dan PPs Mohd Sukri Ali @ Muda,  Pegawai PenMas Terengganu.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
36
Semalam
53
Minggu Ini
89
Bulan Ini
1052

Keseluruhan
3432215