ALOR SETAR, 19 Ogos - YBhg Dato' Hj Shaharom Nizam Abd Manap, Pengarah SPRM Negeri Kedah telah membuat kunjungan hormat kepada YBhg. Dato’ Hj. Abd. Rahman Haji Ismail,  Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah hari ini.  

Pertemuan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi kesinambungan silaturrahim yang sedia ada dalam usaha bersama memerangi jenayah rasuah. Di samping itu bagi membincangkan mengenai isu perbelanjaan wang derma oleh pihak Masjid yang tidak mengikut tatacara perolehan yang boleh menyebabkan berlakunya gejala rasuah seperti salah guna kuasa dan penyelewengan.

Kunjungan hormat ini juga telah membincangkan pendekatan yang baik bagi merangka program dan  aktiviti penguatkuasaan dan pencegahan bersama bagi menyebarkan mesej anti rasuah di Negeri Kedah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
1
Semalam
47
Minggu Ini
1
Bulan Ini
737

Keseluruhan
3425893