KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Warga kerja RHB Bank Berhad termasuklah Ketua Pegawai Pengurusan Risiko Kumpulan RHB, Ketua Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) Kumpulan RHB dan Ketua Pematuhan Tadbir Urus dan Kompetensi Kumpulan RHB telah menghadiri Taklimat berhubung ‘Garis Panduan Tatacara Mencukupi’ yang telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Kajian dan Informasi, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) SPRM PKPj Siti Zakiah Che Man.

Sempena ‘Program Kesedaran Anti-Rasuah’ anjuran RHB Academy, Taklimat tersebut telah disampaikan di Auditorium Aras 11, Menara 1 Pusat RHB di Jalan Tun Razak pada 8 Ogos yang lalu.

Taklimat menyentuh Garis Panduan Tatacara Mencukupi (5 Prinsip TRUST) yang merupakan langkah asas bagi mengurangkan risiko rasuah, penerangan mengenai Kes Skansen dan inisiatif-inisiatif di bawah Sistem Pengurusan Anti-Rasuah ISO 37001: 2016 ABMS.

Sesi Soal Jawab turut diadakan selepas Taklimat tersebut dan menyentuh beberapa perkara seperti isu penerimaan dan pemberian hadiah korporat, kes air Sabah, isu ‘strict liability’, ‘connivance of associated person’, pemakaian 17(A) terhadap ‘foreign subsidiaries’, isu ‘extra-territorial jurisdiction’, keberkesanan program perlindungan saksi dan pengurusan risiko rasuah (CRM).

Taklimat berkaitan Liabiliti Korporat turut disampaikan oleh Pegawai Bahagian Pendidikan Masyarakat (Penmas) SPRM Tuan Mohd Nur Lokman Samingan manakala taklimat berhubung Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) telah disampaikan oleh Puan Wan Noraishah Wan Mohamad Isa dari Penmas SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
48
Minggu Ini
325
Bulan Ini
1209

Keseluruhan
3424838