Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nasta’in,

Selawat dan Salam ke atas Muhammad, Rasul junjungan, 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Kepada Muslimin dan Muslimat serta Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha,  mudah-mudahan Hari Raya korban tahun ini disambut dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan.

Di kala kemeriahan itu jua, hayatilah erti pengorbanan sebenar di sebalik ritual ibadah korban semata-mata.
Sesungguhnya kita mestilah berwaspada agar gejala rasuah tidak meresapi ke semua aspek kehidupan termasuk ibadah-ibadah suci seperti pemberian lembu, fardhu haji dan sebagainya.

Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertekad untuk terus berkorban memerangi sebarang bentuk rasuah dan membina jati diri yang alah rasuah. Semoga negara kita bebas dari sebarang bentuk rasuah. 

Bagi mereka yang pulang ke kampung masing-masing, memandulah dengan berhemah dan berhati-hatilah di jalanraya.

Akhir kalam, saya, bagi pihak diri ini, seluruh warga SPRM, dan seisi keluarga, dengan nawaitu murni lagi penuh tawaduk di hati, menyusun rapi sepuluh jari, memohon ampun serta kemaafan, atas sebarang kesalahan dan kekhilafan, zahir mahupun batin.

Salam Aidiladha.

Sekian.

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Latheefa Koya
Ketua Pesuruhjaya SPRM

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
18
Semalam
47
Minggu Ini
161
Bulan Ini
812

Keseluruhan
3427423