KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Ahli Jawatankuasa (AJK) Audit KPMG telah menghadiri Taklimat Undang-Undang Rasuah dan Liabiliti Korporat yang telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Kajian dan Informasi, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) SPRM PKPj Siti Zakiah Che Man.

AJK Audit KPMG yang hadir termasuklah Tun Zaki Tun Azmi (Astro), Martin Giles Manen (Heineken), Tan Sri Ting Chew Peh (Huayang Berhad) dan Datuk IG Chandran (Perkeso). Turut hadir adalah Pengarah Syarikat, CFO dan CEO dari DRB-Hicom, Axis Reit Managers Berhad, BSN, LBS Bina Group Bhd, Petronas Chemical Group Bhd, Prudential, SP Setia Bhd, Sapura Energy, RHB Investment, Tune dan UMW Holdings.

Taklimat telah disampaikan di Tournament Player Club, Bukit Kiara Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2019.

Taklimat menyentuh kegunapakaian Seksyen 17(A), penalti, pembelaan, Garis Panduan Tatacara Mencukupi, peranan stakeholders dalam syarikat, komitmen daripada pihak atasan, kawalan dalaman, penilaian risiko rasuah dan penerangan mengenai Kes Skansen.

Sesi Soal Jawab turut diadakan selepas Taklimat tersebut dan menyentuh beberapa perkara seperti isu “offences outside Malaysia by Malaysian companies”, isu ‘double jeopardy’, pemakaian Seksyen 17(A) untuk syarikat-syarikat ‘sole-proprietorship’, konteks pemberian hadiah dan pemakaian Seksyen 17(A) untuk ‘shadow-directors’.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
25
Semalam
48
Minggu Ini
324
Bulan Ini
1208

Keseluruhan
3424837