KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Warga kerja UDA Holdings Berhad termasuklah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya telah menghadiri Taklimat Undang-Undang Rasuah dan Liabiliti Korporat yang telah disampaikan oleh Ketua Cawangan Kajian dan Informasi, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) SPRM PKPj Siti Zakiah Che Man.

Sempena ‘Program MS ISO 37001: 2016 ABMS’ anjuran UDA Holdings Berhad, Taklimat telah disampaikan di Dewan Serbaguna UDA Holdings Berhad pada 5 Ogos yang lalu.

Taklimat menyentuh kegunapakaian Seksyen 17(A), penalti, pembelaan, Garis Panduan Tatacara Mencukupi, peranan stakeholders dalam syarikat, komitmen daripada pihak atasan, kawalan dalaman, penilaian risiko rasuah dan penerangan mengenai Kes Skansen.

Sesi Soal Jawab turut diadakan selepas Taklimat tersebut dan menyentuh beberapa perkara seperti isu “retrospective effect of this new Law”, pengisytiharan harta dan kepentingan, pemakaian 17(A) untuk organisasi, isu “job rotation”, rasuah di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), isu memberi keterangan palsu, isu “selective prosecution” dan isu 1MDB.

UDA Holdings merupakan syarikat pemaju hartanah di bawah Kementerian Kewangan.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
25
Semalam
48
Minggu Ini
324
Bulan Ini
1208

Keseluruhan
3424837