PUTRAJAYA , 1 Ogos – Cawangan Perlindungan Pemberi Maklumat di bawah Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) JPM telah mengadakan Bengkel "Towards Better Whistle Blower (WB) Protection In Malaysia" bertempat di PICC hari ini. 

Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang).

Bengkel ini membincangkan isu-isu perundangan serta masalah WB, mendapatkan input-input terkini berkaitan WB dan mendapatkan pandangan pakar-pakar. Dalam bengkel ini juga beberapa pakar daripada dalam dan luar negara juga turut hadir membentangkan kertas kerja iaitu UNODC, Legal Office from European Commission, US Office of Special Counsel dan beberapa agensi lain seperti Transparency International Malaysia dan UKM.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, TPj Dato Izani Wan Ishak turut membentangkan kertas kerja bertajuk "Challenges and Problems in the Implementation of the Whistle Blower Protection Act 2010" by Whistle Blower Protection Branch, MACC.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
48
Minggu Ini
325
Bulan Ini
1209

Keseluruhan
3424838