KP SPRM Terima Kunjungan Hormat Pesuruhjaya Tinggi British

 

PUTRAJAYA, 26 Julai - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Puan Latheefa Koya semalam, menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay di pejabatnya di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Pertemuan dua hala ini menyediakan peluang kepada kedua-dua pihak berbincang lanjut pelbagai isu bagi kepentingan bersama terutamanya pengukuhan hubungan dua hala dan isu-isu rasuah di peringkat antarabangsa.

Pertemuan ini juga menjadi platform bagi SPRM menyebar luas amalan baik secara berterusan kepada delegasi antarabangsa dan berkongsi pendapat dalam isu-isu semasa berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

 

Hit: 454