SPRM Terima Kunjungan Hormat Wakil Delegasi Dari 18 Buah Negara

PUTRAJAYA, 23 Julai - Seramai 21 peserta yang mengikuti Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) ?Executive Certificate Course for Strategic Management of Anti-Corruption Programme? mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Delegasi ini merupakan wakil peserta dari 18 buah negara termasuk Kemboja, Thailand, Vietnam, Timor Leste, Fiji, Sri Lanka, Bangladesh, India, Palestin, Ukraine dan beberapa buah negara lain di benua Afrika yang mengikuti program eksekutif tajaan MTCP di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berhubung struktur, fungsi dan pencapaian SPRM sebagai agensi tunggal negara dalam memerangi gejala rasuah.

Delegasi yang hadir ke Ibu Pejabar SPRM kira-kira jam 11.45 pagi disambut oleh Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan (BDPP) SPRM, Dato' Nor Azmi Karim.

Dato' Nor Azmi dalam ucapan aluannya memberikan maklumat awal berhubung SPRM dan bagaimana agensi ini berfungsi selain menjelaskan peranan serta tanggungjawab yang dipikul dalam membanteras rasuah secara menyeluruh.

Beliau turut menyentuh berhubung cabaran yang dihadapi dalam menyiasat kes-kes rasuah yang semakin rumit, bersindiket dan kompleks, di mana siasatan menjadi semakin mencabar dan pegawai penyiasat perlu menjadi lebih mahir dalam menyiasat kes-kes rasuah.

Ujarnya lagi SPRM membuka lebih kurang seribu kertas siasatan setahun. Jumlah tersebut tidak termasuk penyiasatan awal dan kertas-kertas yang melibatkan perisikan.?

Beliau juga menerangkan berhubung kerjasama dua hala yang diadakan SPRM dengan negara-negara lain dan bagaimana kerjasama sedemikian boleh membantu kedua-dua pihak sekiranya gejala rasuah merentasi sempadan berlaku.

Delegasi yang hadir turut dibekalkan dengan informasi tambahan oleh Penguasa Kanan, Hong Chin Chin menerusi sesi pembentangan yang diadakan.

Para delegasi kemudiannya dibawa melawat fasiliti bangunan SPRM termasuk radio streaming MACC FM dan lokap SPRM.

Delegasi dari 18 negara berkenaan sedang mengikuti ?Executive Certificate Course For Strategic Management of Anti-Corruption Programme? bermula 22 Julai hingga 2 Ogos 2019 yang diadakan di Dewan Putrajaya, Aras 3, Blok Utama MACA.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
28
Semalam
48
Minggu Ini
76
Bulan Ini
878

Keseluruhan
3433611