ALOR SETAR, 24 Julai - Pengarah SPRM Kedah, TPj Dato' Shaharom Nizam Abdul Manap telah membuat kunjungan hormat serta sesi taklimat Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) kepada YDP Majlis Daerah Sik, Dato Haji Bukhori Abdullah dan Ahli-Ahli Majlis Daerah Sik bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Daerah Sik.

Kunjungan hormat ini bertujuan bagi membina hubungan yang baik antara pihak SPRM Negeri Kedah dengan pihak YDP serta Ahli-Ahli Majlis Daerah Sik.

Penerangan mengenai fungsi, struktur serta peranan GIACC serta objektif NACP serta kaedah pelaksanaan serta inisiatif-inisiatif yang terkandung didalam NACP telah disampaikan oleh pegawai SPRM.

Turut hadir dalam kunjungan ini adalah Muhammad Mizar Morat, Setiausaha YDP; KPKPj  Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Kedah, Ahli-ahli Majlis serta wakil-wakil Bahagian dari Majlis Daerah Sik.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
40
Semalam
47
Minggu Ini
40
Bulan Ini
1360

Keseluruhan
3432523