Keperluan memperkasakan undang-undang untuk tindakan terhadap pemunya beneficial iaitu pemilik sebenar syarikat  (Beneficial Owner)

 

KUALA LUMPUR, 23 Julai - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Puan Latheefa Koya merasmikan Regional Workshop Promoting Beneficial Ownership Transparency in Southeast Asia yang diadakan di Park Royal Hotel, semalam.

Bengkel ini adalah anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) dan Stolen Asset Recovery Initiative (StAR).

Regional Workshop Promoting Beneficial Ownership Transparency in Southeast Asia diadakan dengan objektif untuk mengumpul pemegangtaruh yang relevan dari negara-negara Asia Tenggara untuk membincangkan rangka kerja undang-undang dan institusi yang diperlukan bagi meningkatkan ketelusan pemunya benefisial.

Manakala peserta-peserta yang hadir adalah terdiri dari wakil Pihak Berkuasa Anti Rasuah, pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang, badan-badan penyeliaan Institusi pasaran dan kewangan, pegawai negeri dan pejabat swasta lain yang berkaitan wakil dari Negara-negara Asia Tenggara.

Perbincangan meja bulat membariskan beberapa panel dan perbincangan mengenai isu-isu seperti peraturan dan mekanisme pemantauan untuk penubuhan pendedahan maklumat pemunya benefisial; sistem penguatkuasaan dan kawalan untuk memastikan pematuhan dan ketepatan maklumat yang didedahkan dan dikumpulkan; mencegah penyalahgunaan kenderaan korporat dan keistimewaan profesion undang-undang; kaitan pemilikan berfaedah untuk penyiasatan rasuah: mengenalpasti dan mendedahkan pemilik yang bermanfaat

YBhg. Puan Latheefa Koya berkata, beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia berhadapan dengan pelbagai kes yang membuktikan kepentingan perundangan pemunya benefisial.

“Berdasarkan pengalaman mengendalikan beberapa kes, SPRM merancang memiliki peruntukan khusus mengenai pemunya benefisial dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya ketika berucap semasa merasmikan majlis tersebut.

Tambah beliau, ini adalah masa yang tepat untuk menganjurkan bengkel seperti ini dan semua pihak perlu bekerjasama untuk mencegah ruang dan peluang terhadap penggubahan wang haram dan rasuah.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Pengarah Dasar, Perancangan & Penyelidikan (BDPP) SPRM, Dato’ Nor Azmi Karim; Pengarah Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA), TPj Mohamad Zamri Zainul Abidin; Pengarah Analisa Kewangan, TPj Mohd. Hafaz Nazar serta Timbalan Pengarah BDPP, KPKPj Karunanithy Y. Subbiah.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
48
Minggu Ini
325
Bulan Ini
1209

Keseluruhan
3424838