Kursus ABMS untuk Auditor

 

KUALA LUMPUR, 19 Julai – 25 Juruaudit SIRIM QAS International Sdn Bhd telah menghadiri Taklimat Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) dan Kawalan Dalaman yang telah disampaikan oleh Ketua Cawangan C, Sektor Awam, Bahagian Pemeriksaan dan Perundingan (BPMP) SPRM PKPj Zakiah binti Hassan.

Taklimat 8 jam yang bertajuk 'Introduction to CRM’, ‘Internal Control’, ‘Method to Construct CRM Plan’ dan ‘Hands-on to CRM Plan’ telah disampaikan sempena ‘Kursus Legal Requirement Complementing to ABMS – For Auditor’ anjuran Pusat Pematuhan Anti-Rasuah Korporat (CACCC) Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) telah diadakan di Dewan Kedah, MACA pada 17 Julai yang lalu.

Taklimat menyentuh elemen-elemen kawalan, contoh-contoh kawalan dalaman yang berkesan, kaedah penilaian risiko rasuah, pengesanan dan analisa risiko rasuah serta penyediaan dan pengemaskinian daftar risiko rasuah.

Sesi Soal Jawab turut diadakan selepas Taklimat tersebut dan menyentuh beberapa perkara seperti perbezaan ‘gross risk’ dan ‘residue risk’, keberkesanan kawalan dalaman yang dikenakan, peranan dan fungsi juruaudit dalam menangani risiko rasuah serta beberapa isu semasa.

Kumpulan SIRIM terdiri daripada tujuh anak syarikat antaranya SIRIM QAS International, SIRIM STS, SIRIM Standards Technology, SIRIM Tech Venture, SIRIM Measurements Technology, National Precision Tooling dan Granulab.

SIRIM adalah agensi penyelidikan dan teknologi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
26
Semalam
47
Minggu Ini
26
Bulan Ini
275

Keseluruhan
3440331