PPPR sesi 2017/2019 bermesyuarat kali terakhir

KUALA LUMPUR 17 Julai - Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) sesi 2017/2019 bermesyuarat buat kali terakhir hari ini sebelum tempoh khidmat nasihat badan pemantau bebas itu akan tamat pada 14 Ogos depan.

Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu dipengerusikan oleh Tan Sri Ismail Adam serta dihadiri Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), SPRM Dato' Shamshun Baharin Mohd. Jamil, ahli Panel dan pengarah-pengarah sektor pencegahan.

Antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat akhir tersebut ialah berkaitan inisiatif pencegahan rasuah, prestasi Malaysia dalam Corruption Perception Index (CPI) serta taklimat isu SPRM oleh Dato' Shamshun Baharin.

Tan Sri Ismail berkata, beliau berterima kasih kepada SPRM atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan panel itu.

"Kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kami telah membuat yang terbaik untuk semua," katanya pada mesyuarat tersebut. Panel PPPR yang mempunyai 12 ahli itu telah dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2017 sehingga 14 Ogos 2019.

Peranan utama PPPR adalah untuk meneliti dan memperakukan hasil pemeriksaan SPRM bagi menambah baik sistem dan prosedur sektor awam dan swasta.

PPPR juga berfungsi menasihati SPRM berhubung pelaksanaan aktiviti pendidikan dan kempen bagi mendapatkan sokongan masyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
39
Semalam
48
Minggu Ini
338
Bulan Ini
1222

Keseluruhan
3424851