KOTA BHARU, 15 Julai - Pengarah SPRM Negeri Kelantan, KPKPj Ramli Ismail menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Kastam negeri Kelantan, Encik Rakbi Mat Saud.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dengan SPRM bagi menangani isu integriti dan rasuah yang melibatkan jabatan Kastam terutamanya melibatkan isu-isu penyeludupan.

Selain itu, dalam perjumpaan ini pihak SPRM turut berkongsi isu-isu integriti dan rasuah yang pernah disiasat berkaitan Jabatan Kastam serta memberikan cadangan dan pandangan bagi mengurangkan atau menghalang isu seperti itu dari terus berlaku.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
22
Semalam
53
Minggu Ini
170
Bulan Ini
579

Keseluruhan
3430202