KUCHING, 12 Julai- KPj Puan Latheefa Koya, Ketua Pesuruhjaya SPRM telah membuat kunjungan hormat ke atas Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak bertempat di Tingkat 22, Pejabat Ketua Menteri, Wisma Bapa Malaysia, Sarawak.

Kunjungan hormat ini diadakan sempena Pementasan Teater ‘Samarak Pertiwiku’ Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan oleh SPRM Sarawak dengan kerjasama Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak dan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Ketua Pesuruhjaya SPRM juga menyatakan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia bekerjasama dengan menawarkan khidmat nasihat dan satu sistem bagi kerajaan negeri Sarawak melaksanakan langkah perisytiharan harta terhadap 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Turut hadir dalam kunjungan itu adalah TPj Haji Razim Mohd Noor, Pengarah SPRM Sarawak dan KPKPj Hairuzam Mohamad Amin, Pegawai Khas Ketua Pesuruhjaya SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
8
Semalam
54
Minggu Ini
217
Bulan Ini
1180

Keseluruhan
3432343