JAR

Putrajaya, 10 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan dan kerjasama daripada kementerian dan kerajaaan negeri untuk memerangi kegiatan rasuah di negara ini.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar berkata usaha memerangi jenayah rasuah memerlukan komitmen yang serius daripada semua pihak kerana aktiviti ini tidak dapat diatasi secara solo oleh SPRM.

“Semua kementerian dan kerajaan negeri perlu menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam membanteras rasuah di peringkat masing-masing terutamanya memberi sokongan padu kepada Unit Intergriti dalam menjalankan tugas agar Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

“NACP yang diperkenalkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) juga merupakan dasar anti rasuah yang mencerminkan harapan tinggi rakyat untuk menjadikan negera berintegriti dan bebas rasuah,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Peringkat Kebangsaan Siri 2 Bil. 2 Tahun 2019.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau turut membincangkan mengenai isu kakitangan yang merupakan golongan berisiko tinggi terhadap rasuah khususnya bagi mereka yang terlibat dalam pelaksanaan keputusan dan perolehan kerajaan.

Isu ini perlu ditangani secara sistematik dan menyeluruh kerana ia boleh menyebabkan berlaku peningkatan kos modal dan pembangunan bagi apa jua program serta turut melibatkan elemen pengaturan pergerakan landasan kerjaya seseorang kakitangan mengikut pengaruh dari luaran khususnya.

Turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Puan Latheefa Koya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato' Shamshun Baharin Mohd Jamil; dan Pengarah Bahagian Integriti Agensi (BPIA) SPRM, Dato' Junipah Wandi.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
5
Semalam
47
Minggu Ini
5
Bulan Ini
741

Keseluruhan
3425897