NEGERI SEMBILAN, 3 Julai 2019 – KPKPj Mohamad Zakkuan Talib, Pengarah SPRM Negeri Sembilan telah membuat kunjungan hormat ke atas Dato' Dr. Razali Ab. Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan pada hari ini.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta jalinan baik antara kedua-dua belah pihak. Selain itu, turut dibincangkan isu-isu semasa serta perancangan untuk melaksanakan aktiviti pencegahan rasuah.

Turut hadir dalam kunjungan itu, PKPj Mohd Yussof Awang Osman, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Sembilan dan PPj Yasmin Azura Yahya, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Sembilan.

Hit: 220