NFCC

Putrajaya, 27 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima kunjungan hormat delegasi National Crime Agency (NCA), di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Delegasi NCA dari British High Commission Canberra tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 3.00 petang dan disambut oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Kunjungan hormat ini diketuai oleh Kaunselor (Penguatkuasaan Undang-Undang) NCA, Mark Bishop bersama Pegawai Perhubungan Antarabangsa NCA, Gerry McGowan.

Pertemuan dua hala ini merupakan langkah proaktif dalam usaha memahami dengan lebih jelas mengenai tugas dan bidang kuasa SPRM untuk memerangi jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Dalam pertemuan ini, pelbagai isu telah dibincangkan, antaranya pengukuhan hubungan dua hala antara SPRM bersama NCA

Lawatan ini juga menjadi platform bagi SPRM menyebar luas amalan baik secara berterusan kepada delegasi NCA dan berkongsi pendapat dalam isu-isu semasa berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA), TPj Mohamad Zamri Zainul Abidin.

Hit: 291