NFCC

KUALA LUMPUR, 25 Jun - Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan berangkat ke majlis mengangkat sumpah pelantikan YBhg. Puan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke-14 di Istana Negara, hari ini.

Pada 4 Jun lalu, Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 1 Jun 2019 sehingga 31 Mei 2021.

Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 iaitu setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Latheefa, 46, yang berpengalaman luas dalam bidang guaman dan perundangan merupakan kelulusan Sarjana Muda Undang-undang (LL.B)(Kepujian) dari University of London.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Liew Vui Keong, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Azam Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan& Professionalisme) SPRM, Dato’ Ja'afar Mahad dan Pengarah Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Dato’ Nor Azmi Karim.

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
52
Semalam
48
Minggu Ini
52
Bulan Ini
1045

Keseluruhan
3427656