NFCC

Putrajaya, 24 Jun - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Puan Latheefa Koya telah menerima kunjungan hormat Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).

Ketibaan Ketua Eksekutif NFCC, Dato’ Sri Hj. Mustafar Hj. Ali bersama tiga orang pegawai NFCC disambut oleh Puan Latheefa Koya di tingkat 22, Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Pertemuan ini merupakan mekanisme yang bertujuan mendapat penjelasan lanjut dan langkah-langkah perbincangan dua hala berkaitan isu melibatkan bidang tugas kedua-dua agensi dalam usaha memahami dengan lebih jelas untuk menangani gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Usaha membendung jenayah rasuah merupakan tanggungjawab semua pihak dan lebih tepat lagi kita perlu memperjuangkan isu integriti sehingga membuka mata dunia.

Lawatan ini juga menjadi platform bagi SPRM menyebar luas amalan baik secara berterusan kepada delegasi NFCC di samping dapat mempertingkatkan kerjasama yang erat dan menambahkan perkongsian ilmu yang bermakna antara kedua-dua pihak dalam memartabatkan agenda untuk memerangi rasuah secara menyeluruh dan lebih berkesan.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA), TPj Mohamad Zamri Zainul Abidin dan Pegawai Khas KP SPRM, KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
53
Semalam
48
Minggu Ini
53
Bulan Ini
1046

Keseluruhan
3427657