Putrajaya, 17 Jun - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Puan Latheefa Koya telah menerima kunjungan hormat delegasi United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) di Ibu Pejabat SPRM hari ini.Kunjungan hormat ini diwakili oleh Timbalan Wakil Serantau, Julien Garsany.Pertemuan dua hala ini merupakan langkah proaktif dalam usaha memahami dengan lebih jelas mengenai tugas dan bidang kuasa SPRM untuk memerangi jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
 
Dalam pertemuan ini, pelbagai isu telah dibincangkan, antaranya pengukuhan hubungan dua hala antara SPRM bersama UNODC, berkongsi pendapat dalam isu-isu semasa berkaitan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
 
Usaha membendung rasuah adalah tanggungjawab semua pihak dan masalah ini harus dilihat dalam konteks yang lebih meluas.
 
Masyarakat turut memainkan peranan penting dengan membantu agensi penguatkuasaan memerangi rasuah secara menyeluruh. Lawatan ini juga menjadi platform bagi SPRM menyebar luas amalan baik secara berterusan kepada delegasi UNODC. Pertemuan ini turut dihadiri oleh Pengarah Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan SPRM, Dato’ Nor Azmi Karim serta Pengarah Bahagian Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA), TPj Mohamad Zamri Zainul Abidin.  
 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
16
Semalam
48
Minggu Ini
64
Bulan Ini
764

Keseluruhan
3422851