PUTRAJAYA, 17 Jun – Delegasi Government Inspectorate Of Vietnam (GIV) telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Inspektor, Ho Chi Minh, Nguyen Kien Quoc bersama 13 ahli delegasi GIV telah tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.00 pagi.Seterusnya delegasi tersebut telah diberi penerangan mengenai bangunan baharu SPRM dan dibawa untuk melawat ke beberapa buah tempat sekitar bangunan.
 
Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan (BDPP) SPRM, Dato’ Nor Azmi Karim berkata, pihak SPRM menyambut baik dan berbesar hati dengan kehadiran GIV ke SPRM. Sementara itu, Nguyen Kien turut mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana memberi peluang kepada GIV untuk mengadakan lawatan kerja ini. Beliau turut menyatakan, peluang ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan berhubung SPRM, rasuah dan salah guna kuasa di negara ini. Semasa lawatan tersebut, Timbalan Pengarah BDPP, KPKPj Karunanithy Y. Subbiah membentangkan perkongsian ilmu mengenai National Anti-Corruption Plan (NACP)-The Way Forward In The Fight Against Corruption dan Ketua Cawangan Perhubungan Masyarakat dari Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Jayantha Kumar Sen Gupta turut menerangkan Public Relations To Deter Corruption kepada delegasi yang hadir.
 
Turut hadir pegawai-pegawai kanan SPRM.    

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
53
Semalam
48
Minggu Ini
53
Bulan Ini
1046

Keseluruhan
3427657