Hayati Keindahan Ramadan

 

PUTRAJAYA, 23 Mei- Kira-kira 200 pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memeriahkan majlis berbuka puasa di Surau Safinatun Najah, Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Program ini merupakan anjuran Surau Safinatun Najah bersama Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme, Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) dan Puspanita SPRM.

Majlis berbuka puasa yang diadakan dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta meraikan kemeriahan bulan ramadan bersama pegawai dan kakitangan SPRM.

Selain itu, majlis khatam Al-Quran, bacaan tahlil dan doa selamat turut diadakan sempena program tersebut.

Kekangan kerja di pejabat tidak menghalang warga SPRM bagi membudayakan amalan bertadarus Al-Quran bermula dari ramadan yang pertama.

Seramai 32 peserta telah menerima cenderahati yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd. Jamil serta Timbalan Pengerusi I Puspanita SPRM, Datin Seri Normah Mohd. Zin.

Pada majlis tersebut, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Mohd. Shukri Abdull turut menunaikan solat Maghrib, Isyak serta sunat tarawih bersama-sama pegawai dan kakitangan SPRM.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Profesionalisme), Dato' Ja’afar Mahad; Pengerusi Surau Safinatun Najah, KPKPj Mohamad Zakkuan Talib; pengarah-pengarah bahagian SPRM; ahli jawatankuasa surau; Puspanita SPRM serta pesara Badan Pencegah Rasuah/SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
12
Semalam
48
Minggu Ini
12
Bulan Ini
896

Keseluruhan
3424525