PUTRAJAYA, 28 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berkongsi pengalaman bagi Mesyuarat Penilaian Pematuhan United Nations Convention Against Corruption (UNCAC) Pusingan Ke-2 terhadap Palestin di Pejabat United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) Vienna International Centre, Austria baru-baru ini.

Selain Malaysia, mesyuarat penilaian ini turut melibatkan sebuah lagi negara penilai iaitu Burkina Faso.

Pada tahun 2017, Malaysia dan Burkina Faso telah diundi untuk membuat penilaian pematuhan UNCAC bagi Bab II (Preventive Measures) dan Bab V (Asset Recovery) terhadap Palestin.

Sebelum ini telah dipersetujui bahawa Malaysia akan mengetuai penilaian pematuhan untuk Bab V, manakala Burkina Faso mengetuai penilaian pematuhan bagi Bab II. Proses penilaian secara desktop review telah dijalankan lebih awal iaitu pada tahun 2018.

Mesyuarat ini merupakan mekanisme yang bertujuan mendapatkan penjelasan lanjut dari Palestin ke atas persoalan-persoalan yang diajukan berhubung pelaksanaan pematuhan UNCAC di negara tersebut berdasarkan penelitian dan semakan oleh Malaysia dan Burkina Faso.

Dalam pada itu telah dirumuskan bahawa Palestin telah menunjukkan usaha yang baik dalam pelaksanaan pematuhan UNCAC bagi Bab II dan Bab V, namun begitu masih terdapat beberapa aspek yang perlu ditambah baik terutamanya dalam pelaksanaan artikel-artikel di bawah Bab V (Asset Recovery).

Turut hadir Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan (BDPP) SPRM, Dato’ Nor Azmi Karim; Chuah Chang Man bekas Tenaga Pakar BDPP; KPKPj Mohamad Tarmize Abdul Manaf dari Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Ketua Cawangan Perhubungan Antarabangsa, BDPP, SPRM, PKPj Nadiah Azis serta PKPj Asrul Ridzuan Ahmad Rustami dari Bahagian Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA),SPRM.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
11
Semalam
48
Minggu Ini
11
Bulan Ini
895

Keseluruhan
3424524