SIMPANG RENGGAM, 18 Mei - Kemeriahan sambutan bulan Ramadan terus diimarahkan dengan edaran bubur lambuk dan bahan kempen antirasuah kepada masyarakat Simpang Renggam di sini, hari ini.

Sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk telah diedarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Simpang Renggam, YB. Dr. Maszlee Malik; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato’ Shamshun Baharin Mohd. Jamil; Pengarah SPRM Johor, Dato’ Azmi Alias serta Pengerusi YARM Johor, Rosdi Amir kepada masyarakat Kampung Setia Jaya, Machap, Simpang Renggam, ketua jabatan dan agensi seperti Penjara Simpang Renggam, Pasukan Gerakan Am, Balai Polis Simpang Renggam dan Bazar Ramadan Kampung Melayu, Simpang Renggam, Johor.

Program Ihya Ramadan Bersama Masyarakat Simpang Renggam ini adalah anjuran Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Negeri Johor dan Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam dengan kerjasama SPRM Negeri Johor.

Pengerusi YARM Johor, Rosdi Amir ketika menyampaikan ucapan berkata, usaha membasmi rasuah memerlukan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi daripada semua pihak untuk membenci rasuah.

“Saya berpendapat, usaha mencegah rasuah dengan berkesan tidak akan berjaya tanpa sokongan dan dokongan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis berbuka puasa sempena program ini di masjid Kampung Setia Jaya, Machap, Simpang Renggam, Johor.

Selain itu, warga SPRM Johor dan penduduk kampung telah mengadakan gotong-royong memasak bubur lambuk di pekarangan masjid dan mengagihkannya kepada semua yang terlibat.

Program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dalam mewujudkan semangat perpaduan di samping dapat menjalinkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat.

Turut diadakan ialah majlis berbuka puasa dan penyampaian wang tunai kepada golongan asnaf yang disampaikan oleh YB. Dr. Maszlee.

 

 

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
35
Semalam
47
Minggu Ini
82
Bulan Ini
1222

Keseluruhan
3421816