dbkl bpmp

Kuala Lumpur, 8 Mei 2019 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempersetujui dua cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Kuala Lumpur berhubung prosedur perolehan yang sepatutnya digunapakai oleh pihak DBKL di dalam urusan tender ‘Sistem Letak Kereta Elektronik’ (SLKE), yang sebelum ini dibuat dengan cara rundingan terus atas arahan Menteri.

Pengarah DBKL (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Azmi Abdul Hamid dan Pengarah DBKL (Pentadbiran/ Perolehan) Khairul Azmir Ahmad telah mempersetujui kesemua syor penambahbaikan tanpa sebarang pindaan dan memberikan komitmen untuk melaksanakannya.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Kuala Lumpur PPj Razali Khamis di Bilik Mesyuarat Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan, Menara DBKL pada 23 April yang lalu.

UPMP SPRM Kuala Lumpur akan menjalankan pemantauan ke atas pelaksanaan cadangan yang diberikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

  • Arahan/ Sokongan daripada anggota pentadbiran/ individu berpengaruh tidak lagi dijadikan sebagai arahan/ keputusan di dalam prosedur perolehan. Bahagian Perolehan perlu mengeluarkan perkara yang berkaitan dengan arahan/ sokongan mana-mana pihak daripada prosedur perolehan yang sedia ada. Perkara ini selaras dengan ‘Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Bepengaruh atau Mana-mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan 2010’ yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Inisiatif 1.3.1 Pelan Anti-Rasuah National (NACP).
  • Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan perlu mewujudkan satu garis panduan yang jelas berkaitan pengurusan SLKE di bawah Kaedah Perolehan Datuk Bandar Kuala Lumpur tanpa mengambil kira arahan/ sokongan daripada mana-mana pihak yang berpengaruh.
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
11
Semalam
48
Minggu Ini
154
Bulan Ini
1142

Keseluruhan
3420166