Kota Kinabalu, 8 Mei 2019 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sabah mempersetujui dua cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Negeri Sabah berhubung pemantauan oleh pihak SKM Sabah terhadap pelaksanaan Program Transformasi Pemodenan Kedai Runcit (TUKAR) dan Pemodenan Bengkel Automobil (ATOM) yang dilaksanakan oleh Koperasi Pembangunan Usahasama Masyarakat Maju Sabah (Kopusamaju).

Naib Pengerusi Eksekutif Ibu Pejabat SKM Zazali Haron telah mempersetujui kesemua syor penambahbaikan tanpa sebarang pindaan dan memberikan komitmen untuk melaksanakan serta menggunapakai syor-syor tersebut di kesemua SKM di seluruh Malaysia.

Beliau berkata isu-isu yang telah dibangkitkan ini akan dijadikan terma rujukan bagi mewujudkan garis panduan pemantauan khas untuk Program TUKAR dan ATOM atau mana-mana program SKM.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sabah PKPj Awang Samsul Baharam Bungso di Pejabat SKM Negeri Sabah pada 23 April yang lalu.

UPMP SPRM Sabah akan melaksanakan pemantauan ke atas cadangan yang diberikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

  • Mewujudkan garis panduan pemantauan khas untuk Program TUKAR dan ATOM oleh pihak SKM yang diletakkan di bawah pengawasan Bahagian Pemantauan dan Penilaian Projek, SKM.
  • Mengeluarkan arahan kepada koperasi untuk mengemukakan salinan dokumen perjanjian di antara peminjam dan koperasi program TUKAR dan ATOM kepada SKM Cawangan Negeri.
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
35
Semalam
47
Minggu Ini
82
Bulan Ini
1222

Keseluruhan
3421816