LANGKAWI, 24 April- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berkolaborasi bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersempena Minggu Integriti LADA 2019 dengan mengadakan program pencegahan rasuah dan peningkatan integriti kepada semua pegawai dan kakitangan, peserta Minggu Integriti Lada 2019 dan juga pelancong asing di Langkawi.

Ini sejajar dengan Pelan Anti Rasuah Nasional 2019 di bawah strategi 6 objektif strategik 6.2 iaitu memastikan daya tahan terhadap ancaman rasuah di entiti korporat dengan memperkukuhkan program kesedaran dan keterlibatan antirasuah dengan Badan Berkanun, Syarikat Milik Kerajaan (SOEs) Syarikat Terhad dengan Jaminan (CLBG) dan sektor swasta.

Objektif program ini adalah menyediakan platform untuk peserta berkongsi amalan integriti di dalam masyarakat, menerapkan nilai pengukuhan integriti kepada para peserta melalui pendekatan strategik negara dalam menghadapi cabaran pada masa kini dan akan datang.

Antara pengisian program adalah sesi pengkongsian ilmu yang disampaikan oleh TPj Dato’ Shaharom Nizam bin Abd Manap serta Integrity WalkAbout  yang diadakan di Dataran Lang, Jeti Kilim dan Oriental Village, Langkawi dengan mensasarkan pelancong di kawasan tersebut dengan kajian ‘Pandangan Pelancong Terhadap Rasuah”.

Turut hadir dalam program ini Dato’ Ir Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia; Tuan Hj Mohd Asri Redha Abdul Rahman Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan TPj Tuan Ruslan Tuan Mat, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Turut menjayakan program ini adalah SPRM Kedah, SPRM Cawangan Langkawi, SPRM Perlis dan Alumni Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (ACF).

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
4
Semalam
47
Minggu Ini
4
Bulan Ini
740

Keseluruhan
3425896