KAJANG 20 April - Pertandingan Menembak Bersama Unit Komunikasi Korporat (UKK) Agensi Penguatkuasa 2019 yang berlangsung sengit di Lapang Sasar Maktab Penjara Kajang hari ini berakhir dengan pasukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya merangkul kejuaraan bagi dua kategori.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) dengan kerjasama Bahagian Keselamatan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, menyaksikan PPs Mohd. Ridhwan Ezanee Rahmat yang mewakili suruhanjaya itu menjadi juara kategori ketepatan individu.

Manakala naib juara kategori yang sama disandang oleh Komander Mazlan Minhat daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tempat ketiga adalah milik Kenn Mccluskee Anak Kebon daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

SPRM sekali lagi berjaya merangkul kejuaraan bagi kategori menembak berpasukan menewaskan Jabatan Penjara Malaysia di tempat kedua dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat ketiga. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

Berucap dalam majlis perasmian tersebut, beliau berkata, program seumpama itu mampu dijadikan sebagai penghubung bagi setiap agensi dalam menjalinkan kerjasama.

Pihak UKK memainkan peranan menyampaikan agenda untuk disampaikan secara dalaman kepada agensi masing-masing.

Bantuan dan sokongan dari pelbagai agensi bukan sahaja memboleh kita mempercepat dan mempermudah tugasan, malah mampu menyebar luas peranan kita secara lebih pantas, katanya.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut Pengarah Penjara Kajang, Abdul Halim Ma-Hasan; Pengarah BKS, KPKPj Ismajuri Ismail dan Pengarah Bahagian Keselamatan, TPj Mohammad Soib Abdullah.

Pertandingan yang julung kalinya diadakan itu, disertai oleh 11 agensi penguat kuasa iaitu PDRM, TLDM, APMM, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Perbadanan Putrajaya (PPj).

Bagi kategori jatuhan piring berpasukan pula, SPRM turut disenaraikan dalam tiga terbaik dengan berjaya menduduki tempat ketiga.

Gelaran juara kategori yang sama di menangi oleh Jabatan Penjara Malaysia, manakala JKDM ditempat kedua.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
5
Semalam
47
Minggu Ini
5
Bulan Ini
741

Keseluruhan
3425897