ptg kedah 

 

Alor Setar, 5 April 2019 – Pejabat Tanah Galian (PTG) Negeri Kedah mempersetujui tiga cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Negeri Kedah berhubung prosedur permohonan tanah kerajaan secara Lesen Menduduki Sementara (LMS).

PTG Kedah Timbalan Pengarah (Pembangunan) Hj Mohd Shahadan Abdullah telah mempersetujui kesemua syor penambahbaikan tanpa sebarang pindaan dan memberikan komitmen untuk melaksanakan kesemua syor.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Ketua UPMP SPRM Kedah PPj Azizun Hj Mohamad di Bilik Mesyuarat Pengarah PTG, Wisma Negeri Alor Setar pada 26 Mac yang lalu.

UPMP SPRM Kedah akan melaksanakan pemantauan ke atas cadangan yang diberikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

Hit: 395