ALOR SETAR, 31 Mac – Pengarah SPRM Kedah, TPj Dato' Shaharom Nizam Abd Manap telah menjunjung Kasih Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah Sultan Kedah ke-29 bertempat di Wisma Darul Aman, Kedah pada hari ini.

Antara yang dibincangkan semasa menjunjung kasih tersebut adalah DYMM Tuanku mahu usaha mencegah rasuah ini dijalankan tanpa rasa jemu. Selain itu, kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan pengarah baru SPRM Kedah.

Turut hadir dalam majlis ini adalah KPKPj Mustafa Kamal Ahmad, Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Kedah; PKPj Ting Ing Ping, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Kedah dan Ps Mohd Zaini Hassan, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Kedah.

Hit: 1254