KUALA TERENGGANU, 25 Mac 2019 – Berikutan Sesi Khidmat Nasihat oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Terengganu, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) telah melancarkan buku ‘Garis Panduan Tatacara Pengurusan Tuntutan Rawatan dan Perubatan Bagi Klinik Panel dan Klinik Swasta’.

Gimik pelancaran buku ‘Garis Panduan Tatacara Pengurusan Tuntutan Rawatan dan Perubatan Bagi Klinik Panel dan Klinik Swasta’ telah dirasmikan oleh Setiausaha MPD Fadli Yusof Haji Zakaria dan disaksikan oleh Pengarah SPRM Terengganu KPKPj Mohd Zaki Hassan.

Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu Psk Najwa Mohd Sabry turut menyampaikan Taklimat berhubung Isu Rasuah & Integriti sempena majlis itu.

Majlis pelancaran dan taklimat yang diadakan pada 17 Mac bertempat di Dewan Utama MPD ini dihadiri oleh lebih kurang 250 kakitangan MPD.

Terdahulu, UPMP SPRM Terengganu telah mengadakan Sesi Khidmat Nasihat bersama MPD berhubung isu pengurusan tuntutan dan bayaran bagi kemudahan rawatan perubatan di klinik swasta pada 23 April 2018 yang lalu.

TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
30
Semalam
47
Minggu Ini
30
Bulan Ini
1088

Keseluruhan
3423175