SEREMBAN, 13 Mac 2019 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mempersetujui empat cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh Unit Pemeriksaan dan Perundingan (UPMP) SPRM Negeri Sembilan berhubung pengurusan stok dalam urusniaga operasi FAMA Negeri Sembilan.

Pengarah FAMA Negeri Sembilan Muslim Manja telah mempersetujui kesemua syor penambahbaikan tanpa sebarang pindaan dan memberikan komitmen untuk melaksanakan kesemua syor.

Sesi Khidmat Nasihat ini telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah SPRM Negeri Sembilan PPj Yasmin Azura Yahya di Bilik Mesyuarat FAMA pada 14 Februari yang lalu.

Antara syor penambahbaikan yang dicadangkan adalah:

  • Menyemak semula semua Pekeliling Perniagaan FAMA Bil.1 Tahun 2012 terutama melibatkan urusniaga jualan supaya risiko-risiko rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dapat diminimakan.

  • Mewujudkan kawalan dalaman melalui Arahan Dalaman terhadap proses penetapan harga supaya risiko manipulasi harga di lapangan dapat diminimakan. Selain itu, turut dicadangkan supaya semua transaksi jualan tunai perlu dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi pegawai penyeliaan, pemantauan dan peringatan kepada pegawai operasi juga perlu dibuat.

  • Mewujudkan kod etika perniagaan yang turut menekankan aspek integriti entiti dan pegawai FAMA.

  • Memberi pendedahan secara konsisten dan lebih jelas tentang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa kepada semua pegawai operasi dan pegawai/ kakitangan yang lain dengan kerjasama SPRM.
TOP

Statistik Pelawat


Hari Ini
30
Semalam
47
Minggu Ini
30
Bulan Ini
1088

Keseluruhan
3423175